CARA CARA UNTUK MEMBELI FOOD TRUCK

Food truck kelantan-Boon Koon Viflex
Food truck kelantan-Boon Koon Viflex




Food truck kelantan-Boon Koon Viflex
Food truck kelantan-Boon Koon Viflex





Food truck kelantan-Boon Koon Viflex
Food truck kelantan-Boon Koon Viflex




Food truck kelantan-Boon Koon Viflex
Food truck kelantan-Boon Koon Viflex





Food truck kelantan-Boon Koon Viflex
Food truck kelantan-Boon Koon Viflex

Untuk memilik food truck anda boleh buat pembayaran secara tunai atau membuat pinjaman dengan bank. 

Anggaran jumlah bayaran muka dan bayaran bulanan yang diperlukan untuk memiliki sesebuah food truck dengan cara pembelian melalui pinjaman bank adalah seperti bawah:

Downpayment yang diperlukan: Rm12,800.00
Bulanan Rm830.00 x 7 tahun (interest 4%)

Selain itu peniaga mesti mempunyai:
-SSM (melebihi 6 bulan)
-6 bulan penyata bank persendirian/syarikat yang aktif
-ic dan lesen pemilik ssm
-gambar rumah + bil elektrik rumah 1 bulan
-gambar kedai + bil elektrik kedai 1 bulan (jika ada)

Peniaga boleh memilih pelbagai jenis jenama dan design food truck yang terdapat di pasaran. Sama ada lori 1 tan yang pakai diesel atau lori pick up yang pakai pertrol. Harga dan maintenance utk lori 1 tan memang adalah jauh lebih tinggi daripada lori pick up. 

Lori food truck yang jenis second hand atau yang jenis sambung bayar (syarikat kami tidak jual lori sambung bayar) agak susah dan jarang untuk dijumpai kerana lori foodtruck ini agak baru untuk pasaran Malaysia. 

Memang tidak dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini terdapat semakin banyak lori food truck secondhand atau yang jenis sambung bayar dengan kondisi yang sangat baru untuk dijual. Fenomena ini berlaku di sebabkan peniaga hanya berniaga secara mengikut rentak orang lain, masalah pengurusan atau berniaga dengan memiliki pemikiran bahawa berniaga akan mendatangkan keuntungan dalam masa pendek. Isu faktor minda dan pengurusan peniaga yang salah menyebabkan sesuatu perniagaan tidak boleh kekal lama. 

Salah satu faktor penting yang menyumbangkan berlakunya fenomena di atas ialah terdapat agenda ORANG TENGAH yang terdiri daripada segelintir penjual/broker lori dan sesetengah agensi seperti KOPERASI/PERTUBUHAN  yang berupaya menolong pembeli lori food truck mendapat pinjaman daripada agensi kerajaan dalam urusan pembelian lori food truck. Pinjaman pembelian lori food truck daripada kerajaan ini adalah sangat bagus dan praktikal dan sepatutnya disalurkan kepada peniaga yang betul betul memerlukan lori food truck ini. Tetapi dengan sedihnya, pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan ini telah di salahgunakan oleh orang tengah. 

Orang tengah menjadikan urusan mendapatkan pinjaman kerajaan ini sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Mereka hanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu hanya ingin menolong peniaga atau sesiapa yang layak untuk mendapatkan pinjaman membeli lori food truck ini daripada dana kerajaan. Apabila pinjaman kerajaan ini diluluskan, orang tengah akan mengenakan processing fees yang tinggi daripada peminjam. Pembelian lori food truck hanya sekadar dijadikan alasan untuk mendapatkan pinjaman kerajaan atau mengeluarkan duit daripada dana kerajaan. Keperluan penggunaan lori food truck untuk peminjan telah diketepikan.

Menjalankan perniagaan menggunakkan lori food truck adalah sama konsep dengan menjalankan perniagaan di dalam premis. Yang berbezanya ialah penggunaan lori food truck membolehkan perniagaan tidak hanya statik di sesebuah lokasi sahaja. Pelbagai unsur dan message yang salah telah di salurkan bahawa berniaga menggunakan lori food truck akan mendatangkan keuntungan yang cepat dan keuntungan yang lumayan. Pada hakikatnya, setiap perniagaan memerlukan usaha yang berterusan, kerajinan dan masa yang panjang untuk menstabilkan sesuatu perniagaan. 

Agensi kerajaan selalu menganjurkan pelbagai kelas bimbingan usahawan untuk mengajar cara-cara yang betul untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Kelas bimbingan usahawan yang sebegini adalah sangat bagus , tetapi pengajar, motivator atau pensyarah yang digunakan adalah orang bekerja makan gaji sahaja. Mereka ini hanya mempunyai pengetahuan teori yang tinggi dalam bidang perniagaan, tetapi mereka tidak mempunyai pengalaman praktikal dalam bidang perniagaan. Dengan itu, kebanyakan message yang di salurlan kepada usahawan adalah berlainan dengan apa yang berlaku di realiti.

Menjalankan sesuatu perniagaan tidak semestinya untung seperti yang dijangkakan. Setiap orang berniaga memang berharapkan keuntungan, tetapi setiap perniagaan ada masa untung dan rugi. Peniaga sebenarnya adalah bekerja sebagai penyelesai masalah. Contohnya ialah peniaga makanan lori food truck menyelesaikan masalah kelaparan untuk sesuatu populasi di sesuatu tempat pada masa yang ditentu, daripada menyelesaikan masalah kelaparan, peniaga makanan akan mendapat keuntungan daripada pembeli.

Berniaga menggunakan lori food truck adalah industri yang kian mengembang. Jika peniaga berniaga dengan niat yang betul, rajin dan jujur dalam setiap urusan jual beli, rezeki dan keuntungan akan datang dengan sendirinya. Artikel ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa, kita hanya menceritakan apakah realiti yang telah berlaku pada masyarakat malaysia dan industri food truck pada hari ini.

UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN LORI FOOD TRUCK SILA HUBUNGI: 

017-9382088 Chris
www.wasap.my/60179382088/foodtruck

SOON SENG MOTORS (1979) SDN BHD
(pusat jualan lori baru & rebuild)
ALAMAT: 6040 B & C, JLN SULTAN IBRAHIM, 15050 KOTA BHARU, KEL.

#lorimurahkotabharu #foodtruckkotabharu #foodtruckkelantan #pusatjualanlorikotabharu
#perniagaanlorikotabharu
#soonsengmotors1979sdnbhd


Comments