Transformasi Usahawan Makanan Basikal Roda Tiga


lori pasar malam kelantan
Penyerahan Lori Pasar Malam kepada client



lori pasar malam kelantan
Tempat berniaga selepas menggunakan Lori Pasar Malam


lori pasar malam kelantan
Tempat berniaga selepsa menggunakan Lori Pasar Malam


lori pasar malam kelantan
Gambar tempat perniagaan asal-menggunakan basikal roda tiga untuk menjalankan perniagaan.



Usahawan yang dikenali sebagai Kak Laila & Suami adalah peniaga makanan yang menggunakan basikal roda tiga. Perniagaan mereka dijalankan disekitar jalan utama Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Selama ini mereka hanya menggunakan basikal roda tiga untuk menjalankan perniagaan. Pelbagai halangan dan rintangan telah mereka lalui, antaranya seperti faktor cuaca, permintaan yang kurang dan tekanan daripada pihak-pihak tertentu.

Setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus mengusahakan perniagaan dengan sepenuh hati. Akhirnya mereka telah berjaya menaiktarafkan perniagaan mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi. Mereka memilih untuk menukarkan trend perniagaan daripada menggunakan basikal roda tiga kepada penggunaan mini KARAVAN/LORI PASAR MALAM yang lebih sesuai dan mudah.

Tidak mengharapkan segala skim bantuan atau subsidi daripada mana-mana pihak seperti yang diwar-warkan dalam media massa, serta tidak pernah menghadiri apa-apa kursus keusahawan yang mencecah harga beribu-ribu ringgit. Hanya mengharapkan usaha gigih, kecekalan serta pengurusan kewangan peribadi yang baik, mereka berjaya mendapat pembiayaan daripada bank komersial tempatan ke atas pembelian sebuah mini KARAVAN.

Semangat kegigihan yang tinggi dan berterusan daripada Kak Laila dan Suami amat dikagumi dan harus dicontohi, kerana semangat inilah yang membolehkan mereka terus berjuang untuk memperbaiki kehidupan mereka serta anak-anak.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Laila & Suami ke atas pembelian sebuah mini KARAVAN/LORI PASAR MALAM yang berjenama DAIHATSU HIJET S200P (lori recon) dengan syarikat kami.

lori pasar malam kelantan
daihatsu hijet s200p lori pasar malam



lori pasar malam kelantan
daihatsu hijet s200p lori pasar malam


UNTUK PEMBELIAN/PERTANYAAN MENGENAI KARAVAN/LORI PASAR MALAM,SILA CALL/WHATAPPS:

017-9382088 Chris

SOON SENG MOTORS (1979) SDN BHD
(pusat jualan lori baru & rebuild)
ALAMAT: 6040 B & C, JLN SULTAN IBRAHIM, 15050 KOTA BHARU, KEL.

#daihatsuhijetkotabharu
#loripasarmalamkotabharu
#pusatjualanlorikotabharu
#soonsengmotors1979sdnbhd

Kedai Lori Kelantan
Lori Pasar Malam untuk Dijual

Comments