Industri peniaga makanan bergerak semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia. Dalam konteks perniaga bergerak adalah peniaga boleh memilih untuk memakai basikal roda tiga, motorsikal roda tiga, kereta persendirian, LORI PASAR MALAM atau FOOD TRUCK untuk menjalankan perniagaan secara bergerak. Penggunaan LORI PASAR MALAM atau FOOD TRUCK adalah paling sesuai dalam menjalankan perniagaan secara bergerak.
|
LORI PASAR MALAM DAIHATSU HIJET S200P |
|
LORI PASAR MALAM DAIHATSU HIJET S200P
|
|
LORI PASAR MALAM DAIHATSU HIJET S200P |
|
LORI PASAR MALAM SUZUKI CARRY DA63T |
|
LORI PASAR MALAM SUZUKI CARRY DA63T |
LORI PASAR MALAM adalah lori kecil atau pickup kecil yang dipasangkan dengan box di belakang cabin pemamdu. Box tersebut mempunyai pintu yang boleh dibuka ke atas di bahagian kiri, kanan dan belakang. Peniaga boleh memuatkan barang jualannya ke dalam ruangan kotak tersebut dan menjalankan perniagaannya di tempat tumpuan ramai. Hanya barang jualan dan peralatan memasak sahaja yang boleh dimuat ke dalam ruangan kotak PASAR MALAM.
FOOD TRUCK ialah lori kecil yang dipasangkan dengan box dibelakang cabin pemandu juga. FOOD TRUCK dan LORI PASAR MALAM mempunyai konsep yang sama daripada segi struktur pembinaan bodynya. Yang membezakannya ialah ketinggian untuk box FOOD TRUCK adalah lebih tinggi dan sesuai untuk ketinggian seorang peniaga. Ini membolehkan peniaga menjalankan perniagaannya dengan berada di dalam body FOOD TRUCK, serta peralatan memasak dan barang jualan juga boleh dimasukkan sekali ke dalam badan FOOD TRUCK.
|
DAIHATSU GRANMAX FOOD TRUCK |
|
DAIHATSU GRANMAX FOOD TRUCK |
|
VIFLEX FOOD TRUCK |
|
VIFLEX FOOD TRUCK |
HARGA sesebuah FOOD TRUCK adalah jauh lebih tinggi berbanding HARGA LORI PASAR MALAM. Justeru itu pembayaran downpayment dan pembayaran bulanan adalah lebih tinggi. Dengan secara langsung ini akan memingkatkan kos operasi. Isu pembiayaan FOOD TRUCK oleh jabatan kerajaan telah diwar-warkan secara besar-besaran. Keadaan ini sepatutnya boleh merangsangkan pembangunan industri FOOD TRUCK di negara kita. Tetapi terdapat segelintir masyarakat atau pertubuhan yang berperanan sebagai orang tengah atau dikenali sebagai broker menjanjikan kata-kata manis kepada peniaga yang baru nak menceburikan diri dalam peniagaan makanan bergerak dalam urusan pembelian FOOD TRUCK melalui pembiayaan skim kerajaan.
|
DFSK V21 FOOD TRUCK |
|
DFSK V21 FOOD TRUCK |
|
DFSK V22 FOOD TRUCK |
|
DFSK V22 FOOD TRUCK |
Orang tengah ini kebiasaanya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dalam bidang penjualan/pembelian lori mahupun FOOD TRUCK. Mereka hanya memikirkan sekadar menjadi orang tengah dan ingin mengaut keuntungan dalam urusan jual beli. Manakala ada yang lagi melampau ialah, orang tengah ini menganjurkan kelas usahawan FOOD TRUCK dengan mengenakan bayaran dan mencari prospek. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan menganjurkan kelas/seminar yang sedemikian adalah sangat berfaedah. Tetapi mesej dan bahan ajaran yang di sampaikan dalam kelas/seminar sedemikian bukan menghala kepada bidang keusahawanan, tetapi lebih menghala kepada memaksa peserta untuk membeli FOOD TRUCK dan mengaut keuntungan daripada bayaran fee pendaftaran peserta. Orang tengah mengenakan processing fee yang teramat tinggi atau meninggikan harga FOOD TRUCK daripada harga jualan yang direkomenkan. Tanggungan harga yang tinggi ini dengan serta merta disalurkan kepada pembeli dan menjadi bebanan kepada pembeli.
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat agensi kerajaan yang memberi pembiayaan kepada Peniaga atas pembelian lori FOOD TRUCK, antara contohnya ialah MARA dan AGRO BANK. Dalam urusan untuk mendapat pembiayaan daripada MARA dan AGRO BANK ini, hanya peniaga sendiri sahaja yang layak untuk membuat segala urusannya berkaitan permohonan pembiayaan. Tetapi sesetengah orang tengah akan menjanjikan bahawa mereka berupaya mendapat pembiayaan untuk FOOD TRUCK melalui agensi-agensi yang tertentu, padahalnya agensi-agensi yang dijanjikan oleh orang tengah ini tidak membuat sebarang pembiayaan. Apabila peniaga/pembeli mempercayai kata-kata manis orang tengah ini, maka segala dokumen untuk memohon pembiayaan dan duit processing akan diserahkan kepada orang tengah. Duit prosessing yang telah dibayar ini dijadikan sebagai keuntungan orang tengah yang hanya sekadar bermodalkan air liur sahaja.
|
VIFLEX FOOD TRUCK |
|
VIFLEX FOOD TRUCK |
Kes penipuan sering kali berlaku antara orang tengah dan pembeli, tetapi kebanyakkan laporan polis tidak dibuat. Beberapa faktor yang penting di atas menjejaskan industri FOOD TRUCK di negara kita. Contoh yang paling ketara adalah dengan membuka laman media sosial internet, setiap hari kita akan nampak terdapat FOOD TRUCK yang nak dijual secara sambung bayar oleh pemilik FOOD TRUCK sendiri. Fenomena ini menunjukkan bahawa samada tidak ada kegigihan atau cara perniagaan yang salah oleh peniaga, atau bebanan harga yang terlalu tinggi perlu ditanggung oleh peniaga ini disebabkan oleh unsur orang tengah. Selain itu, juga terdapat peniaga FOOD TRUCK yang mengembalikan FOOD TRUCK yang dibeli secara sewa-beli memalui agensi kerajaan, ini disebabkan tanggungan bulanan yang teramat tinggi dan syarat sewa beli yang ditawarkan hanya berpihak kepada orang yang memberi sewa.
Cross barrier untuk perniagaan penjualan lori FOOD TRUCK semakin rapuh dan senang dimanupulasikan oleh orang tengah. Dengan secara lansung ini telah menjejaskan industri automotive penjualan kenderaan FOOD TRUCK dan juga melemahkan usaha dan niat baik kerajaan Malaysia dalam membantu usahawan FOOD TRUCK. Dari segi industri automotive penjualan FOOD TRUCK, harga FOOD TRUCK akan menjadi tidak stabil disebabkan terpaksa meninggikan harga jualan untuk memenuhi perminaan orang tengah dan ini menyebabkan kadar penjualan kenderaan akan turun. Usaha dan niat baik kerajaan telah disalahgunakan oleh segelintir orang tengah yang hanya memikirkan keuntungan semata-matanya. Sehingga setakat ini, masih tidak ada tindakan wajar yang di ambil untuk mengatasi masalah orang tengah.
|
LORI PASAR MALAM DFSK V22 |
|
LORI PASAR MALAM DFSK V22 |
Peniaga atau bakal pembeli FOOD TRUCK yang ingin membuat pembelian/pertanyaan mengenai FOOD TRUCK sepatutnya mengunjungi ke syarikat penjualan KENDERAAN KOMERSIL (termasuk FOOD TRUCK) dan tidak memerlukan perkhidmatan orang tengah ini. Syarikat penjualan KENDERAAN KOMERSIAL ini mempunyai kepakaran yang mendalam dalam penjualan FOOD TRUCK dan akan memberi cadangan yang terbaik kepada pembeli untuk membuat pembiayaaan FOOD TRUCK.
Syarikat kami SOON SENG MOTORS (1979) SDN BHD, adalah satu syarikat yang aktif dalam penjualan LORI PASAR MALAM atau FOOD TRUCK. Kami mempunya jurujual yang terlatih dan berpengalaman untuk memberi cadangan yang terbaik kepada pelanggan atas pemilihan LORI PASAR MALAM atau FOOD TRUCK,
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai LORI PASAR MALAM atau FOOD TRUCK sila hubungi:
Mobile: 017-9382088 Chris
Whatapps: www.wasap.my/60179382088
Facebook: https://www.facebook.com/soonsengmotors1979sdnbhd
Google Site: https://soonsengmotors1979sdnbhd.business.site
Google Map: https://goo.gl/maps/UZM2wb8cisJ2
#loripasarmalamkelantan #foodtruckkelantan #foodtruckkotabharu #kedaijuallorikb #daihatsugranmaxkelantan #daihatsuhijetkelantan #suzukicarrykelantan #boonkoonviflex #soonsengmotors1979sdnbhd
Comments
Post a Comment